Sunday, April 10, 2011

AKU SEORANG IBU

Carta Perkembangan Bayi

Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan.
 
Bulan
Pertama:

Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.



Bulan
kedua:

Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.



Bulan
ketiga:

Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.



Bulan
keempat:

Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.Pada umur ini anak saya sudah mula menyulur(pergerakan seperti merangkak)



Bulan
kelima:

Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambahnya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.



Bulan
keenam:

Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.

No comments:

Post a Comment